Mari berzikir.. sila klik

Pengenalan

Saya bukanlah seorang doktor, cuma blog ini boleh diibaratkan sebagai 'buku skrap' atau koleksi artikel yang saya salin daripada akhbar, majalah dan internet berkaitan kesihatan. Artikel yang disalin di sini adalah untuk rujukan saya dalam mencari jawapan kepada penyakit-penyakit tertentu. Jika ada pertanyaan boleh terus bertanya kepada pihak-pihak yang lebih arif.

Khamis, 28 Oktober 2010

Rawatan Lasik





LASIK ( dikenali sebagai Laser Assisted In Situ Keratomileusis ) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan ( rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme ) yang paling popular dan berjaya di seluruh dunia. Pembedahan LASIK buat kali pertama dijalankan lebih sepuluh tahun yang lalu, dan lebih 2 juta pembedahan LASIK sahaja telah dijalankan di Amerika Syarikat 2 tahun kebelakangan ini. Hari ini, prosedur ini banyak diamalkan di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura.

LASIK mengubah kelengkungan kornea. Prosedur 10 minit ini tanpa perlunya kemasukan ke hospital. Selepas memasukkan titisan mata anestetik untuk mengebaskan mata, doktor bedah mata yang terlatih akan membentuk satu lapisan nipis kornea (flap) dengan alat microkeratome ( suatu alat pembedahan mikro yang amat jitu ). Selepas flap ini dibentuk , ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea diubahbentuk dengan sinaran laser Excimer ( lapisan tisu kornea yang diubahbentuk ini amat nipis sekali, ketebalannya dalam lingkungan mikrometer ). Berlainan daripada sinaran laser biasa , laser Excimer membentuk semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan haba atau keparutan kepada tisu-tisu sekeliling. Selepas sinaran laser ini, flap kornea yang masih terlekat dikembalikan ke kedudukan asal tanpa perlunya sebarang jahitan.

Sinaran laser mengubah bentuk kornea dan justeru kelengkungan kornea. Dalam kes rabun jauh (miopia) kelengkungan ini menjadi lebih rata; lebih curam dalam kes rabun dekat ( hiperopia ), atau lebih bulat dalam kes astigmatisme.

Wavefront LASIK (customised ablation) adalah cara pembetulan ralat refraktif yang terkini dan ia telah dibukti dapat memberikan mutu penglihatan yang lebih baik terutamanya dalam keadaan persekitaran yang malap seperti pada waktu malam.

Prinsipnya adalah sama dengan LASIK biasa, tetapi dalam pembedahan cara ini aturcara komputer laser kornea mengambil kira ralat-ralat refraktif yang lebih kompleks yang sedia ada dan khusus dalam setiap individu (customised) supaya ralat-ralat ini juga dihapuskan.

Jangkahasil Wavefront Lasik (customised ablation) ialah ia dapat memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik dan sungguh memuaskan.

Jangka Hasil Lasik

Hasil keputusan dari suatu kajian klinikal di A.S :

100% pesakit memperolehi kemajuan penglihatan tanpa penggunaan kaca mata.

95% mencapai penglihatan 6/12 atau lebih baik tanpa penggunaan kaca mata.

60-80% mencapai penglihatan 6/6 tanpa penggunaan kaca mata.

Matlamat pembedahan pembiasan adalah untuk mengurangkan kebergantungan pada kaca mata atau kanta lekap. Ia tidak boleh memperbaiki daya penglihatan.

Konsep ini adalah sangat mustahak supaya anda mempunyai jangkaan yang realistik. Walaupun ramai orang dapat mencapai penglihatan 6/6 tanpa kaca mata selepas pembedahan LASIK, sebilangan pesakit perlu memakai kaca mata untuk memandu pada waktu malam ataupun apabila membaca.

Kesan Sampingan

Seperti semua jenis pembedahan, sedikit risiko memang wujud. Doktor mata kami akan menasihatkan anda. Pada keseluruhannya risiko ini adalah amat kecil dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai mutu penglihatan yang kurang memuaskan selepas LASIK. Dengan menggunakan teknologi terkini, dan juga doktor yang terlatih, kemungkinan terjejasnya penglihatan selepas LASIK adalah amat tipis sekali.

Proses Lasik

Titisan anestetik dimasukkan ke dalam mata.

Pesakit tidur melentang dengan selesa, dan kemudian kedudukan mata diletak di bawah mikroskop laser.

Lapisan nipis kornea ( flap ) dibentuk dahulu

Laser dipasang selama 15-60 saat untuk tujuan rawatan.

Pesakit boleh pulang ke rumah selepas itu.

Golongan yang sesuai untuk rawatan Lasik

Rabun Jauh ( Miopia ) hingga 12.00 Diopter

Rabun Dekat ( Hiperopia ) hingga 6.00 Diopter

Astigmatisme hingga 4.00 Diopter

Umur 18 tahun ke atas

Tujuan bahan-bahan penerangan kami adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran mengenai faedah dan risiko pembedahan LASIK kepada anda. Walau bagaimanapun, kami menjemput anda menemui dan berbincang dengan doktor-doktor mata kami supaya anda dapat membuat keputusan yang bermaklum dan membuat pilihan sama ada anda ingin mengurangkan kebergantungan pada kaca mata / kanta lekap atau tidak.

http://www.tlclasikcentre.com.my/malay-soalan.htm


Rawatan Lasik, Lasik rawat masalah penglihatan dalam beberapa saat


PENGGUNAAN kanta lekap atau menggunakan kaca mata adalah antara pilihan bagi memperbaiki penglihatan yang terjejas. Namun, satu lagi pilihan untuk anda yang ‘letih’ menggunakan kaca mata dan kanta lekap adalah dengan menjalani rawatan pemulihan penglihatan dengan kaedah laser.

Ada dua jenis kaedah laser yang boleh anda pilih, iaitu Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis).

Pakar Mata, Pusat Pakar Mata Optimax, Dr. Norazlina Bachik berkata, masalah seperti rabun jauh, rabun dekat, penuaan mata (presbyopia) dan silau misalnya, boleh juga dipulihkan melalui pembedahan laser.

Berbanding dulu, teknik terbaharu dalam rawatan menggunakan laser semakin baik dengan penemuan teknologi terkini. Hari ini, rawatan dengan laser hanya mengambil masa beberapa saat saja, katanya.

Berbanding Lasek, Lasik lebih popular. Namun, Lasek adalah pilihan jika seseorang itu memiliki kornea yang tebal.

Lasik prosedur dengan laser eksimer yang bertindak secara kekal bentuk kornea. Sedikit tisu kornea dikeluarkan bagi membentuk flap (lapisan nipis di permukaan kornea). Dua teknik yang ada bagi membentuk flap adalah microkeratome atau femtosecond. Walaupun tujuannya menghasilkan flap, namun kedua-duanya ada sedikit perbezaan.

Microkeratome memerlukan sedikit tisu di bawah kornea dibuang menggunakan laser excimer, iaitu sejenis laser yang menggunakan cahaya ultra ungu untuk membuang dan membentuk tisu kornea.

Apabila kornea dibentuk semula, ia mampu memfokus cahaya ke dalam mata dan retina sekali gus memberi penglihatan yang jelas. Flap kornea akan diletakkan ke tempatnya untuk menutup kawasan tisu kornea yang dibuang.

Dalam teknik laser femtosecond pula, flap kornea dihasilkan dengan panahan laser berpandukan komputer. Sinar laser akan bergerak di kornea, menghasilkan lapisan buih nipis di laluannya. Bagaimanapun, buih itu cepat hilang dan tisu di bawah buih membentuk flap kornea yang mudah dimanipulasikan oleh pakar bedah.

Jelas Dr. Norazlina, walaupun Lasik dijalankan di bawah permukaan tisu pelindung kornea, risiko kekaburan kornea sangat sedikit manakala risiko ketidakselesaan pasca-pembedahan sedikit atau tiada langsung. Tempoh perubahan pasca perubahan juga pendek.

Untuk Lasek, Dr. Norazlina menjelaskan ia sebenarnya pengubahsuaian pada kaedah sedia ada PRK (Photo Refractive Keratectomy).

Dalam prosedur ini lapisan atas kornea tidak dikeluarkan sebelum rawatan, sebaliknya dilonggarkan dengan larutan alkohol dan dilipat sebelum rawatan laser dibuat. Lasek adalah pilihan yang baik kepada kaedah Lasik, jika ketebalan kornea menjadi isu.

Sumber : http://berita-harian-online.com/pulih-mata/

Tiada ulasan:

Pengikut

Counter Sejak Februari 2011