Mari berzikir.. sila klik

Pengenalan

Saya bukanlah seorang doktor, cuma blog ini boleh diibaratkan sebagai 'buku skrap' atau koleksi artikel yang saya salin daripada akhbar, majalah dan internet berkaitan kesihatan. Artikel yang disalin di sini adalah untuk rujukan saya dalam mencari jawapan kepada penyakit-penyakit tertentu. Jika ada pertanyaan boleh terus bertanya kepada pihak-pihak yang lebih arif.

Sabtu, 27 November 2010

Daun Saderi / celery

Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium kalium , karotina , vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae. Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan daun saderi sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun saderi yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, saderi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Cara Menanam

Beli daun saderi dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun saderi itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun saderi untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru. Wikipedia

Untuk mengurangkan kolesterol, ambil 1/2 batang saderi yang besar dan separuh epal hijau, campurkan dengan air kosong supaya dapat segelas dan kisar. Amalkan minum 2 atau 3 kali seminggu sebelum sarapan. InsyaAllah perut juga akan kempis.

Tiada ulasan:

Pengikut

Counter Sejak Februari 2011